Monday, June 16, 2014

Sesi Persekolahan Bermula, 'Jammed' Pun Bermula

Assalamualaikum...

Sekali lagi warga kota berpusu-pusu ke tempat kerja dan terpaksa melalui detik kesesakan lalulintas setelah hampir tiga minggu jalan raya lengang. Setiap kali cuti persekolahan bermula jalan raya kembali lengang dan tidak sesibuk seperti hari biasa. Kebanyakan warga kota juga mengambil peluang bercuti sempena cuti persekolahan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Mungkin ia salah satu faktor penyumbang kepada kurangnya kenderaan di jalan raya sekitar Lembah Klang.

Keadaan kini kembali 'normal' setelah sesi persekolahan bermula pada hari ini (16 Jun 2014). Setiap kali tibanya musim cuti sekolah jalan raya dinihari pagi kurang sibuk dan membuat kita ke tempat kerja dengan perasaan tenang dan tidak kelam kabut. Tentu sekali sebahagian daripada kita menyedari keadaan ini. Walaupun saya hanya bermotorsikal ke tempat kerja, ia turut memberi kesan kepada penunggang motorsikal seperti saya.

Pada era 80-an dulu, kenderaan waktu itu terutama di Lembah Klang sememangnya banyak namun ia tidaklah sesesak seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. Walaupun pelbagai sistem kemudahan pengangkutan awam seperti bas rapid, LRT, Monorail, KTM Komuter dan sebagainya diwujudkan namun ia masih tidak dapat mengatasi masalah kesesakan lalulintas.

Projet MRT - Depot lokomotif dan terminal utama Sg. Buloh
Projet MRT - laluan atas
Projet MRT - Laluan bawah tanah
Projet MRT - INAI LAUNCH SHAFT
Pembangunan dan pemodenan pengangkutan awam masih gagal mengurangkan kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak. Pelbagai fasa pembangunan dan naik taraf sistem pengangkutan awam dilaksanakan bagi menangani isu kesesakan ini. Terkini, projek Mass Rapid Transit (MRT) Sg. buloh-Kajang sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap bagi fasa pertama pada pertengahan tahun 2017.

Projet MRT - Launch Shaft
Projet MRT
Projet MRT - Pasar Rakyat Station
Waktu saya bersekolah (sekolah menengah - tahun 1996) dulu saya menggunakan perkhidmatan bas sekolah. pada awalnya tambang bas sekolah dikenakan sebanyak RM16.00 sebulan dan naik kepada RM18.00 pada tahun berikutnya. Pakcik driver bas sekolah memberi alasan kerajaan telah menetapkan kenaikan kadar bas sekolah jadi kenalah ikut. tambang bas sekolah terus menunjukkan kenaikan sehingga pada tahun terakhir saya bersekolah di Melaka - sebelum berpindah mengikut orang tua pindah ke Kelantan kadar tambang telah ditetapkan RM26.00. 

Kenaikan demi kenaikan tambang perkhidmatan bas sekolah sedikit sebanyak membebankan ibu bapa sehingga ada yang mengambil keputusan untuk menghantar sendiri anak-anak ke sekolah sebelum ke tempat kerja. Sebilangan isteri yang tidak bekerja pula mengambil inisiatif menghantar anak-anak ke sekolah.

Mungkinkah keadaan ini disebabkan faktor sesi persekolahan maka keadaan jalan raya kembali sibuk disebabkan penggunaaan kenderaan pelbagai mod yang semakin bertambah? pelbagai faktor perlu dilihat selain fenomena kesesakan jalan raya setiap kali tibanya musim persekolahan.

Apa pun cuti sekolah sentiasa dinanti-nanti bukan kerana ingin bercuti untuk pulang ke kampung tapi seronok mengemudi motorsikal ke tempat kerja tanpa kalut malut dan karenah tingkah laku pengguna jalan raya...

3 comments:

wankamarul701 said...

Jalan jammed pun nak cite..macam dia sorang jem..hahaha

Unknown said...

Baca sampai habiz baru tahu maksud yang cuba disampaikan

wankamarul701 said...

marah la tu...hahaha

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India