Monday, July 21, 2014

Kisah RM2.80

Baru-baru ini saya ke Kelantan (my hometown...hehe) kerana ada tugasan yang perlu dilaksanakan. saya berpeluang bertemu dengan ustaz fadhil pemilik premis sebuah bangunan kedai di Machang untuk disewakan. Selain memiliki lot bangunan yang dijadikan sebagai lot sewa, Ustaz Fadhil juga merupakan seorang guru Bahasa Arab di sebuah sekolah rendah berhampiran serta mengendalikan pakej haji dan umrah. pakej haji misalnya bernilai RM30,000 dan tempoh berada di sana 21 hari atau sebulan. Bagi yang berkemampuan dan tidak mahu mengikut 'turn' kuota tabung haji bolehlah mengambil pakej tersebut.

Ustaz Fadhil begitu ramah melayan saya dan sepanjang perbualan itu Ustaz Fadhil juga berkongsi cerita dan pengalamannya dalam mengendalikan pakej haji dan umrah. Setiap tahun beliau akan mengetuai rombongan umrah atau haji. Syarikat pengendali pakej tersebut dimiliki oleh bapa Ustaz Fadhil. Arwah datuk beliau juga mempunyai sebuah pondok pengajian agama. Jika Ustaz Fadhil tidak berkesempatan mengetaui rombongan pakej tersebut, bapa beliau akan mengendalikannya.

Ustaz Fadhil juga menceritakan ketika menyambung pengajian di Mesir dahulu (tahun 2004) yuran yang dikenakan oleh Universiti Al-Azhar pada ketika itu ialah RM2.80 setahun. Kini yuran tersebut telah mencecah RM600 namun ia masih dikira murah jika dibandingkan dengan pusat pengajian tinggi yang lain. Sistem pengajian di Al-Azhar juga berbeza daripada pusat pengajian di tempat-tempat lain.

Umumnya mengetahui universiti berusia 1000 tahun dan paling tua di dunia itu merupakan sebuah universiti wakaf. Timbulnya kesedaran betapa penting sumber ilmu dalam menerangi kejahilan, masyarakat pada waktu itu sanggup berkorban dengan mewakafkan harta dan wang bagi membangunkan universiti tersebut.


Di Malaysia, seorang billionair Melayu Islam juga membuka sebuah universiti wakaf. Albukhary International University dibuka kepada golongan miskin serta kurang berkemampuan tetapi cemerlang akademik dari seluruh pelusuk dunia. Pelajar yang terpilih akan mengikuti pengajian tanpa menanggung sebarang kos pengajian. Selain kemudahan pengajian dan tenaga pengajar yang menepati mutu pendidikan sebenar, segala kos tempat tinggal, makan dan minum turut dibiaya oleh Yayasan Albukhary. Berita tentang universiti yang beroperasi di Alor Setar itu pernah bertiup kencang akan ditutup ekoran masalah pelajar dengan pihak pengurusan tetapi ia tidak dapat disahkan secara terperinci.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India