Hampir semua
orang bersetuju bahawa mereka perlu menyimpan sebahagian daripada
pendapatan mereka. Tetapi ramai yang gagal untuk melakukannya. Mereka
fikir bahawa kadar penyaraan hidup adalah terlalu tinggi, banyak bil
yang perlu dijelaskan, terlalu banyak barangan yang perlu dibeli. Memang
ada kebenarannya. Tetapi pada hakikatnya, walau siapa pun anda atau
sebanyak mana sekali pun pendapatan, anda masih boleh menabung. Kemudian
barulah anda boleh memutuskan sebanyak mana anda boleh ketepikan
daripada pendapatan anda.
Ramai yang
mempercayai bahawa sekiranya mereka tidak dapat menyimpan dengan banyak,
maka mereka tidak perlu menyimpan. Mereka terlepas pandang fakta bahawa
sekecil mana sekalipun jumlah yang disimpan dengan tetap, akan
bertambah dalam jangka masa yang panjang. Seandainya anda menyimpan
hanya lima peratus daripada pendapatan anda, maka jumlah yang tersimpan
adalah sama dengan jumlah gaji penuh setahun dalam masa kurang daripada
20 tahun (malah beberapa tahun lebih kurang jika diambil kira jumlah
faedah yang terkumpul dalam akaun simpanan anda). Ia kelihatan seperti
suatu masa yang panjang, tetapi harus diingat bahawa kita memperkatakan
tentang pendapatan penuh setahun! Oleh itu berapakah pula masa yang
dikurangkan sekiranya anda menabung RM1,000 atau RM500?
Sebagai
perbandingan, apakah yang anda boleh tunjukkan bagi wang yang anda tidak
simpan itu? Cuba renungkan pada beberapa tahun kebelakangan dan tanya
diri anda sendiri, apakah kerugian yang anda alami sewaktu menyimpan
lima atau sepuluh peratus daripada pendapatan anda itu. Adakah ia
terlalu ketara atau adakah ia menguntungkan? Adakah ia mendatangkan
kepuasan sepertimana yang anda rasai sewaktu mengetahui jumlah wang yang
terkumpul sehingga kini? Sudah tentu tidak.
Untuk
menghilangkan tabiat berbelanja boros memerlukan kekuatan diri. Tetapi
apabila jumlah simpanan anda bertambah, sedikit demi sedikit, ia akan
menjadi lebih mudah. Malah, ia akhirnya menjadi suatu kenikmatan. Dan,
sementara jumlah simpanan anda kian bertambah, anda juga akan menerima
kadar kaedah yang membantu menambahkan jumlah simpanan anda dengan lebih
cepat.
Bukankah benar
bahawa segala apa yang anda benar-benar mahukan boleh diperolehi
daripada simpanan anda? Luangkan masa seketika dan senaraikan dalam
fikiran anda barangan atau perkara-perkara yang bernilai dan sesuai
untuk disimpan. Adakah masuk akal sekiranya anda impikan untuk mendapat
ganjaran dari mana-mana, atau mewarisi harta, ataupun daripada
sumber-sumber kekayaan sekelip mata? Sudah tentu tidak. Anda tahu apa
yang anda harus lakukan – mulakan menabung.
FORMULA UNTUK MENYIMPAN WANG
Formulanya adalah daripada lima patah perkataan – “BAYAR DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU”. Sebelum anda membayar sewa kepada tuanpunya rumah atau peruncit atau sesiapa sahaja, pastikan anda BAYAR DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU.
Teorinya cukup
mudah. Jika anda cuba menyimpan daripada baki yang tinggal selepas
membayar semua bil dan keperluan lain, anda tidak akan dapat menyimpan
untuk diri anda. Jika sebaliknya, anda membayar diri anda terlebih
dahulu, anda akan menjadi sedikit kaya setiap bulan, dan anda masih
boleh menjelaskan pembayaran bagi segala keperluan yang mustahak
daripada baki pendapatan anda (walaupun anda perlu lebih teliti
mentadbirkan kewangan anda).
Jika anda tidak
percaya ianya boleh dilakukan, pertimbangkanlah perkara berikut.
Andaikan bahawa pihak kerajaan menaikkan cukai pendapatan bagi semua
orang sehingga sepuluh peratus. Tiada siapa pun menyukainya, tetapi
semua orang akan mendapati pendapatan mereka dikurangkan mengikut kadar
potongan cukai yang baru itu. Selepas beberapa waktu penyesuaian, anda
boleh menyelaraskan perbelanjaan anda mengikut jumlah pendapatan anda
yang sedikit berkurangan itu. Anda terpaksa melakukannya kerana
kemampuan anda sudah berkurangan.
Begitu juga
dengan membayar diri anda terlebih dahulu. Formulanya sama. Jika anda
mengetepikan sejumlah wang untuk akaun simpanan sebelum sesen pun
dibelanjakan, bermakna anda membuat ‘pemotongan pendapatan’ anda
sendiri. Akhirnya anda akan menyesuaikan penyaraan diri anda mengikut
jumlah yang boleh dibelanjakan. Cubalah dengan sepuluh peratus daripada
pendapatan anda – atau dengan hanya lima peratus. Anda akan terperanjat
apabila mengethui bahawa menyimpan wang tidak akan menurunkan taraf
hidup anda. Malah secara keseluruhan, ia akan mempertingkatkan
kehidupan. Anda tidak akan jatuh miskin dengan menyimpan wang.
CARA-CARA UNTUK MEMULAKAN AKAUN SIMPANAN
Di sini ada
beberapa idea yang boleh membantu anda menabung. Cara-cara ini telah
berkesan untuk semua orang. Jangan cuba kesemuanya.
1. Daripada
pertukaran wang anda seharian, simpanlah syiling-syiling pada kadar
tertentu, seperti syiling sepuluh sen, syiling dua puluh sen, atau
syiling lima puluh sen. Letakkan syiling-syiling tersebut ke dalam
tabung. Anda tidak rasa kehilangannya, malah anda akan terperanjat
apabila melihat begitu cepatnya ia bertambah.
2. Daripada
hanya menyimpan syiling-syiling mengikut kadar tertentu, lebih baik anda
menyimpan semua syiling pertukaran wang anda setiap hari.
3. Selepas anda
membayar ansuran terakhir kereta anda ataupun pinjaman-pinjaman yang
lain, tambahkan jumlah yang sama ke dalam akaun simpanan anda setiap
bulan yang mendatang. Anda sudah pun mempunyai tabiat mengetepikan
jumlah tersebut setiap bulan, oleh itu teruskanlah dengan membuat
pembayaran pada diri anda sendiri.
4. Jika anda mendapat pulangan cukai pendapatan, masukkanlah ia ke dalam akaun simpanan.
5. Jika anda menerima bonus, gunakanlah ia untuk membuka akaun simpanan atau untuk membesarkan jumlah akaun yang sedia ada.
6. Simpanlah wang pendapatan kerja lebih masa anda daripada membelanjakannya.
7. Jika anda dinaikkan gaji, simpanlah ia. Sebelum ini pun anda sudah biasa tanpa wang tambahan tersebut.
8. Simpanlah ke dalam akaun simpanan anda segala wang yang diterima sempena hari jadi, sewaktu menyambut hari perayaan atau sambutan-sambutan tertentu.
8. Simpanlah ke dalam akaun simpanan anda segala wang yang diterima sempena hari jadi, sewaktu menyambut hari perayaan atau sambutan-sambutan tertentu.
9. Pastikan wang anda bekerja untuk anda. Carumkanlah wang-wang yang berlebihan secepat mungkin ke akaun simpanan.
10. Amalkan
program jangka-pendek ‘hidup sederhana’ dimana ketika itu anda menyimpan
sebanyak mungkin. Jangan membeli sekiranya tidak perlu. Elak daripada
pergi menonton, makan luar, atau perbelanjaan untuk segala bentuk
hiburan.
ANDA TIDAK AKAN RUGI WALAU APA CARA SEKALI PUN
Menabung bukan
sahaja membuat anda lebih kaya, malah anda juga akan mendapat ketenangan
jiwa kerana kewangan anda kukuh. Anda akan lebih menghormati diri
sendiri. Anda akan dapati bahawa corak kehidupan anda akan menjadi lebih
teratur. Dan pastinya anda sedang menuju ke arah kejayaan kewangan.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEJAYAAN KEWANGAN?
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEJAYAAN KEWANGAN?
Kejayaan
kewangan adalah mudah. Ia adalah keupayaan untuk mengumpul wang dan
menerima pulangan daripada apa yang anda simpan. Apa yang anda
belanjakan atau berapa banyak pendapatan anda bukannya penentu bagi
kejayaan kewangan anda. Yang menentukannya ialah berapa banyak anda
menyimpan!
BAGAIMANAKAH ANDA MENCAPAI KEJAYAAN KEWANGAN?
Pertamanya,
ambillah suatu inventori untuk mengenalpasti kedudukan kewangan anda.
Berapakah pendapatan anda? Ke mana perginya wang anda? Berapa banyak
hutang anda? Berapa banyak simpanan anda? Dengan cara ini sahaja anda
boleh mengenalpasti kedudukan kewangan anda yang sebenar.
Kedua, buat satu
matlamat. Tentukan jumlah wang yang anda mahu dan bila anda mahu
mencapai matlamat tersebut. Misalnya, katakanlah anda mahu memilik
RM5,000 disimpan dalam masa lima tahun. Tulis matlamat anda ini. Kini
anda telah mempunyai objektif yang tertentu.
Selepas anda
mencipta matlamat itu, gunakan sebarang cara dalam penguasaan anda untuk
mencapainya. Sambil anda beusaha ke arah matlamat itu, anda akan
menerima perasaan keseronokan dan kepuasan di atas kerja yang anda
lakukan. Anda akan mentadbir segala hal ehwal anda sendiri. Anda telah
memiliki perasaan kebebasan yang tiada sesiapa pun boleh mengambilnya
dari anda.
Kebanyakan orang
berkata bahawa mereka mendapati sukar untuk menyimpan wang kerana
terlalu banyak tempat di mana mereka terpaksa membelanjakannya. Jika
mereka mahu, orang-orang seperti ini juga boleh menyimpan. Apa yang
lebih penting ialah keinginan membara untuk beroleh kejayaan dengan
kewangan anda. Anda perlu memutuskan untuk menyimpan lebih daripada
membelanjakan.
UNTUK MENYIMPAN DENGAN LEBIH BAIK, ANDA JUGA PERLU BERBELANJA DENGAN BAIK
Orang yang telah
mempelajari rahsia menabung selalunya juga mempelajari cara berbelanja
dengan lebih baik. Mereka berusaha dengan pelan pentadbiran kewangan
yang tetap, yang boleh mengawal segala perbelanjaan, yang juga membuat
setiap ringgit bermatlamat. Jika idea-idea ini tidak boleh anda turuti –
jika, selepas membayar diri anda terlebih dahulu, anda masih mempunyai
hutang dan terpaksa pula meminjam sebanyak mana yang anda telah simpan –
maka anda harus pergi kepada pelan dasar kewangan. Anda akan dapati
bahawa anda mempunyai terlalu banyak pembocoran dalam belanjawan anda
yang boleh ditampal supaya anda tidak lagi sekerap mungkin memerlukan
wang simpanan anda.
IA BOLEH DILAKUKAN!
Orang lain telah
melakukannya. Anda juga boleh berbuat demikian! Jika anda benar-benar
berhasrat untuk berjaya dalam menabung, anda akan melakukannya.
Dipetik daripada www.usahawan.com
Dipetik daripada www.usahawan.com
0 comments:
Post a Comment